21 Jan 2012

letak mp3 dalam blog

Assalamualaikum..jom belajar letak mp3 dalam blog..macam sy ,sy lebih suka letak instrumental,dengar rentak je..ok first pergi ke 4 shared atau nak senang TEKAN SINI..Ok..dah kan?.lepas tu korang cari la lagu apa yg berkenan di hati :D..contoh bawah ni...yang ada anak panah tu boleh cari lagu dekat situ..kalau dah jumpa tekan la lagu2 yang keluar macam yang digariskan warna merah tu
 step seterusnya..korang akan jumpa 4 kod..click gambar bawah untuk besarkan..kalau nak dengar dulu tekan dekat anak panah yang dirtunjukkan dekat bawah ni..kalau dah ok,copy kod..kod mana nk ambil?..nampak tak yg bergaris merah tu..copy kod tu..yg bawah sekali tuu..kalau dah ikut step 3
step 3,ok sekarang boleh sign in blog,design-add a gadget-html javascript lepas tu paste kod tadi dan save..


p/s-boleh adjust lebar dan tinggi pada kod tadi..cuba tgk dia ada tulis cth {width 300/height 500}..adjust la dkt situ..ok done

19 Jan 2012

Mereka tenang bersama Islam

Assalamualaikum..sape yang berkenaan dengan tajuk diatas nih ?..hmm sebenarnya..mereka2 ini adalah para mualaf yang memeluk islam..tetibe dtg idea nak tulis entry pasal nih..baru lepas baca paper..tentang seorang Islam mualaf dari korea..Ayeesha Kim..dengar perkataan kim pun dah tahu dari korea kan..rupa2nya,islam semakin berkembang di korea..dan pembinaan masjid pun semakin bertambah..




banyak..teramat banyak..banyak sekali unutk diperkatakan bahawa ramai yang memeluk islam mengatakan islam membawa satu ketenangan dan cahaya untuk mereka meneruskan hidup dengan lebih baik..islam adalah agama yang mengamalkan bentuk2 keharmonian..tanpa mengira pangkat ,status hidup mahupun warna kulit.
disetiap sudut dunia..islam semakin berkembang dimana2 jua..Subhanallah..Hidayah milik Allah.



18 Jan 2012

Saya dan amsterdam

Assalamualaikum..Saya dan amsterdam,tajuk ni tak ada kena mengena sangat sebenarnya..cuma untuk melambangkan luar negara tu je..boleh kan ak bahasakan diri ak sebagai ak sebab ini cara ak bercakap dan bukan untuk tujuan lain..:)dengan member2 pun macam ni jugak..cuma penggunaan ak hanyalah untuk melambangkan diri..
sebenarnya seperti kebanyakan orang yang lain..ak juga memasang impian untuk belajar di luar negara..walaupun bukan mudah..itu cuma satu keinginan yang belum pasti..yela ingat senang ke nak belajar oversea..orang pandai boleh la..ak pun tak seberapa..cuma mungkin memasang angan2 yang terlalu tinggi
walaupun belajar luar ni banyak dugaan tapi memang teringin sangat untuk menuntut ilmu di negara orang..yela  cuma untuk tambah pengalaman ..best je tgk orang berjaya..InsyaAllah.."man jadda wajada,wa man zaro'a hasoda"sesiapa yang bersungguh-sungguh,dialah akan mendapatkannya.,siapa yang menanam ..dialah yang akan menuai.sama2 berusaha mendapatkan yang terbaik untuk kehidupan masa depan..yakin diri..

17 Jan 2012

Buat Denim Template

Assalamualaikum..kalau sebelum ni dah belajar buat template minima..kali ni kita akan belajar buat denim template pulak..sila ikuti langkah2 di bawah dengan teliti..hehe


first macam biasa sign in-dashboard-edit html..lepas tu scroll ke bawah dan akn jumpa macam gambar bawah


 lepas tu click macam dalam kotak tu dan akan muncul macam gambar bawah ni..ambil denim dan SAVE TEMPLATE
 then jadi pulak macam gambar bawah ni..nak buang warna biru?nak ganti header sendiri?..ikut next step

 pergi ke design-template designer-advanced..lepas tu cari [ page background colour ,page header colour,page header corner colour ]..ketiga2 yg sy suruh cari ni tekan dan tick TRANSPARENT..jadi la macam gambar bawah ni



 lepas tu upload header korang sendiri dan inilah hasilnya..kalau nak letak background pergi pulak ke TEKAN SINI

Allah's Plan Better than us

i like this word more than a word "much"..i confess that sometimes thing happened in our life unexpectedly..we have no idea what is wrong truly..i can describe it, like what open ur eyes song talk about


look around yourself,can you see this wonder..spreads infront of you..the clouds are floating by,the skies are clears and blue..planets and the orbits..moon and the sun,such perfect harmony..let's start question in ourself..isn't it proof enough for us ?or are we so blind..to push it all aside ,no..it juz have to open our eyes our heart our mind..if we juz look bright to see the signs..we can't keep hiding from the truth..let its take us by surprise..



in my life..hard or easy..i convince that Allah's plan better than me :)

16 Jan 2012

Letak Background pada blog

Assalamualakaikum..kali ni tutorial untuk letak background pada blog..tapi tak tau ler menjadi ke x untuk template minima ke ape coz skrg ni blog sy dah bertukar ke denim..sebelum ni first2 sekali guna denim tapi disebabkan tak reti nak adjust2 mende tukar pulak ke template minima..lepas tu nampak berserabut pulak..cari2 tutorial untuk buat denim template sekali lagi..baru la jumpa cara mudah denim template...


mula2 sekali Sign in-Design-Edit HTML ,lepas tu cari kod macam dekat bawah ni..tekan Ctrl F untuk senangkan kerja korang nak mencari2 kod ni

   body {
lepas dah jumpa..letak copy kod dibawah ni dan paste di bawah kod body { tadi
  background: url(URL GAMBAR ); 
url gambar tu gantikan dengan url background yang korang nak..lepas dah ..PREVIEW dulu..klu ok save 
 

Morning Monday

Morning monday ..still sleepy??..hem, macam ni ??eee..comel btul kucing ni..bila tido
pagi2 kalau dah bangun tu tengok2 la kat luar tingkap kehijauan alam semesta ha2..dapat jugak sihatkan mata korg..tenung la daun2 hijau tu dalam2 ..tu la yg selalu ak buat waktu pagi2..selalu jugak la..tengok pokok hijau2 nih..feel peace btul..



Letak Floating Button

Tutorial ni khas ditujukan untuk cik Shera ..
ok macam ni floating buttonnya..macam facebook,youtube,twitter dan sebagainya



ok first sekali  sign in -Dashboard-Design-Add a Gadget..then pilih HTML Javascript
lepas tu paste kan kod bawah ni dalam html javascript tadi
<style type='text/css'>
a.linkopacity img {
filter:alpha(opacity=50);
-moz-opacity: 0.5;
opacity: 0.5;
-khtml-opacity: 0.5;}
a.linkopacity:hover img {
filter:alpha(opacity=100);
-moz-opacity: 1.0;
opacity: 1.0;
-khtml-opacity: 1.0; }
</style>
<div style='display:scroll; position:fixed; top:140px; left:-12px;'>
<a class='linkopacity' href='Link Facebook' imageanchor='1' rel='nofollow' style='margin-left: 1em; margin-right: 1em;' target='_blank' title='facebook'><img border="0" src="Url Image" /></a><br />
</div>
nak tambah lagi copy kod warna biru tu dan cuma tukar warna merah...lepas tu paste bawah kod warna biru jugak
kalau URL image boleh ambik sini.

http://i215.photobucket.com/albums/cc253/jordanknee/facebook-icon.png

http://i250.photobucket.com/albums/gg257/jerag26/twitter-icon.png




 

15 Jan 2012

Badminton Super Series 2012

Assalamualaikum...haish rasanya berbaloi tengok pemain badminton negara merangkap pemain no.1 dunia main semalam..beliau adalah sudah semestinya Lee Chong Wei :)..badminton memang favourite sports selain bola sepak..bagi sesiapa yg belum tahu,dalam perlawanan separuh akhir semalam beliau telah berentap dengan Chen Long pemain dari China menyaksikan game pertama dan ketiga  kemenangan berpihak pada Lee Chong Wei




21-18    17-21   21-13....Hari nih final ,Lee Chong Wei akan berentap pula dengan pemain dari jepun yang menang tanpa bertanding akibat penarikan diri oleh Chen Jin akibat kecederaan..walaubagaimanapun saya seperti penyokong yang lain sgt mengharapkan kemenangan oleh Lee Chong Wei pada hari ini..15 January 2012..perlawanan akhir maybank open superseries with Kenichi Tago dari jepunLee Chong Wei telah berjaya menewaskan Kenichi Tago pada perlawanan akhir superseries sebentar tadi..dengan dua game telah berlangsung yang mencatat kemenangan buat beliau 21-6   21-13.. 

11 Jan 2012

Masterchef Malaysia

ya setelah berepisod2 masterchef malaysia ditayangkan..akhirnya keputusan bagi pemenang Masterchef Malaysia yang pertama jatuh kepada Ezany..yg suka pakai shawl tu..dia pandai masak la disamping career seorang doktor..bestnye..x kurang hebat juga saudara wahidan yang bertungkus lumus mengejar impian yang sama..tahniah kepada mereka berdua kerana telah berjaya sampai ke tahap tertinggi..yang sebelum2 ni tersingkir pun apa kurangnya...sama hebat

◕Pashmina

Best jugak pashmina nih,dari mana dia muncul erk..tudung syria mestilah syria..kalau Hana Tajima pun dari Hana Tajima..jadi dari manakah muncul pashmina nih ??


cantik2 kalau tgk,sekarang nih ad trend yg warna ber"ton" pulak nampak soft je..

◕Palestina Tercinta

palestina tercinta,tanah berdarah,darah orang muslim..gugur syahid di medan peperangan kerana teguhnya prinsip mereka mempertahankan hak, mempertahankan maruah dan   melindungi Islam dari kerakusan jari jemari kezaliman ..dulunya ,tanah yg cukup besar,kini hanyalah sekecil zarah,mereka bagaikan pelarian ditanah sendiri..sedih,takut,berani sentiasa menyelubungi,



aku kagum melihat keberanian mereka semua,anak2 kecil turut berjuang.aku juga tak seperti mereka.mungkin ini satu zaman penderitaan ..tapi aku yakin,Allah itu Maha Adil..dia merancang yang lebih hebat..
hanya doa mampu aku kirimkan moga palestin bebas buat selama-lamanya...


◕letak cursor

Assalamualaikum,kali ni kita akan buat cursor..contohnya boleh pergi sini untuk cari cursor yang comel2
SILA TEKAN SINI untuk ambil cursor yg cute2...then pilih mana2 yg korang suka..lepas tu tekan la

step seterusnya,scroll kebwh sikit dan akan jumpa dalam gambar dibawah ,tekan Blogger/Blogspot ,akan keluar HTML code dia,so juz copy pergi  ke Dashboard - Design-Add a Gadget - HTML javascript ,lepas tu paste code td n save.

◕Bola Dan Bola

malam tadi tengok bola dengan mak abah sekali,,huhu saya anak Perak jadi sokong perak la..rentak permainan yang agak menarik,kedua2nya sama hebat..banyak lagi permainan lepas ni..tapi tak sabar nak tgk Harimau Muda lawan Bahrain nanti~

10 Jan 2012

◕Safi Rania

Assalamualaikum..
sekarang ni masa untuk story ttg produk2 ..Safi Rania.pernah guna ke?..ok je,it's soft dan sesuai untuk kulit remaja, sebab apa sy cakap macam tu sebab saya sendiri dh cuba..4 years dgn produk safi,first2 guna balqis dulu lepas tu dah muncul dekat iklan nak test jugak safi rania..cuba la,quite awesome..selesa la guna dan sampai sekarang masih setia..:)

9 Jan 2012

◕Speed up blog

perkara remeh untuk reader blog mestinya bosan untuk scroll blog2 yg agak lambat tambah2 lagi owner blog mesti tension tahap kritikal blognye agak lambat bergerak,sebenarnya ada cara nak speed up ur blog ikuti langkah ni :


pergi ke DASHBOARD-SETTING-FORMATTING ,akan kuar macam ni kan
then yg dipetakkan tu kurangkan jumlahnya contoh sy buat 3 je



lepas tu scrool ke bwh dan save setting.siap bertambah ringan la blog korg

◕Hilangkan Border pada Header

ok,tutorial ni untuk buang benda bawah ni pada border korang


cari kod ni
  #header-wrapper {
Dan
  #header { 
 buang kod yang dekat bawah ni pada dua kod tadi
  [ border:1px solid $bordercolor;]


pada kedua-dua kod yg korang kena cari tadi .sebelum tu PREVIEW dulu tau dan ni hasilnya..jgn lupa Save Template



8 Jan 2012

◕Blog template sendiri

Assalamualaikum..sebelum ni dah belajar buat header transparentkan,so kali ni,sy akan ajar cara nak buat template blog rekaan sendiri pulak ok..macam ni caranya...tapi apa2 pun kena PREVIEW dulu takut buat nnt tak jadi pulak ok.

Pergi ke Dashboard-Design-edit html..lps tu scroll ke bwh dan korg akn jumpa Select Layout Template..tekan tu dan ambil MINIMA..sebab sblm ni pernah guna denim tapi x reti nak edit2..so ambik minima senang..



lepas tu pilih template minima dan save template

akan jadi macam ni kan ?

semua putih..ok kalau nak hilangkan petak border dekat header korg sila ikut tutorial ni SINI
kalau dah sekarang korang boleh upload header korang dan jadi macam ni

dah siap kalau nak letak background ikut tutorial lain pulak ok..to be continue






◕Allah Mendengar isi hatimu

ARTIKEL ILUVISLAM.COM
Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Alhamdulilah gaji ku masuk jua akhirnya. Inilah kali pertama aku bekerja selepas menamatkan pengajian. Aku sudah niat gaji yang pertama ku ini akan akan aku sedekahkan untuk rumah anak-anak yatim.
alt


Selama berbulan, aku masih belum mempunyai kesempatan untuk pergi ke rumah anak yatim yang memang hati ini mendambakan untuk berbakti di sana.
Aku berdoa kepada Allah supaya aku dapat pergi ke rumah mereka. Bagi ku anak yatim juga adalah tanggungjawab kita. Aku ingin menyayangi mereka seperti keluarga ku sendiri. Hati ini terpanggil untuk pergi ke sana. Di kampus dulu, dapat aku melihat keletah mereka semasa program anak yatim. Sekarang sejak bekerja, aku masih belum dapat menyusun jadual bertemu mereka. Aku berdoa moga Allah mempertemukan aku dengan mereka. Aku ingin  menyayangi mereka. Malah, Bukhari meriwayatkan:
Daripada Sahl bin Sa'ad R.A, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Maksudnya: "Aku dan orang yang menyantuni anak yatim kelak di Syurga seperti ini," lalu memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah dengan sedikit merenggangkannya. [Riwayat al-Bukhari no 5304]
Pada petang Jumaat, pintu rumah ku di ketuk. Ada seorang budak lelaki berbaju melayu putih umur dalam lingkungan 10 tahun datang. Ibu ku pantas keluar. Aku hanya memandang dari dalam, hatiku dapat merasakan seolah-olah  anak itu datang untuk mengutip derma. Ya Allah... Aku bersyukur kepadamu. Aku terus mencapai wang kertas yang ku simpan erat di genggaman tangan ku.
Ibu terus muncul di depan pintu, "Kasihan anak yatim tadi jauh datang dari selatan tanah air katanya rumah anak yatim mereka baru dibuka, mereka memerlukan kelengkapan untuk keperluan asas," kata ibuku. Aku lantas memberikan ibuku wang kertas tersebut.
Ibuku lantas memberikan kepada anak yatim tersebut. Anak yatim tersebut memberikan pula sekeping CD himpunan surah-surah lazim dari bacaan Ustaz Kazim Elias. Aku bersyukur Ya Allah... Alhamdulilah kerana mendengar isi hatiku ini. Hajat ku tercapai jua akhirnya. Kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Hati ini berdetik aku tinggal di barat tanah air sedangkan anak yatim tadi dari selatan tanah air. Ya Allah. Maha Besar.
Mengenang kembali setiap perkara yang berlaku. Setiap apa yang kita lahirkan dan sembunyikan dalam hati ini. Tiada apa pun yang tersembunyi oleh Allah. Allah Maha Melihat dan  Maha Mendengar setiap  yang terbuku di hati ini. Oleh itu, kita haruslah sentiasa berdoa memohon kepada Allah. Beritahulah segala isi hati kita kepada Yang Maha Mencipta. Moga kita sentiasa di dalam rahmat kasih sayang-Nya.
"Segala yang ada di langit dan bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu sembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."  (Surah Al-Baqarah: 284)

◕ Transparent Header

Assalamualaikum,sy gelarkan diri sy ira pun boleh kan..ok kali ni ira nak ajar cara buat transparent header,mesti semua orang teringin nak buat header sendiri kan..ok please follow these steps..


1.First of all ,korang kena ada software GIMP 2 dengan PHOTOSCAPE dulu..xde lagi? Download gimp    
   DISINI dan photoscape DISINI..ok dah

2.Step kedua buka photoscape korang and tekan editor spt gambar di bawah ni..tekan jgn tak tekan tau........

3.ikut step dlm pic dkt bawah ni

Dah? lps tu edit ikut suka korang ok..contoh bwh ni DAN SAVE..

buka GIMP pulak and then follow step dibawah ni tekan FILE- OPEN..cari la border korg,lps jumpa tkn open dan jadila spt gambar di bawah.


Then,ambik tool yg dlm petak kecik tu lps tu pergi ke border korg..RIGHT-CLICK gambar border tu then ambil LAYER- TRANSPARENCY- ADD ALPHA CHANNEL





dah kan..lepas tu dengan tool yg sama korg click tmpt mana nk transparentkan lepas tu tekan EDIT-CLEAR
Jadilah macam ni


clap ur hand..Dh smpi step akhir..untuk save tekan FILE-SAVE AS,akan kuar kotak save image tu
namakan border korg,ingt tmpt save in folder kt mana,nnt menangis x berlagu cari xjumpa..no 4 tu korg cari PNG..tekan situ..lps tu baru boleh save dan upload header blog korang dgn suka hati

sekian saja tutorial utk kali ni..





◕pemakanan seimbang

Seperti yang kita tahu ada 7 kelas2 (nutrition) antaranya adalah karbohidrat,protein,lemak,serat,mineral,dll


Karbohidrat

Karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum, dan sepertinya.


Protein

Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama kebanyakannya boleh diperolehi daripada haiwan. Sementara protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama.


Lemak

Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti.Selain itu,lemak berperanan sebagai penebat dengan menghalang haba keluar daripada badan dan membantu memanaskan badan apabila seseorang terdedah kepada suhu persekitaran yang terlalu sejuk.
Pengambilam lemak yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan badan.Hal ini kerana lemak yang tidak digunakan akan disimpan dalam badan dan menyebabkan berat badan bertambah dan menjadikan seseorang itu gemuk.Lemak yang berlebihan juga boleh menyebabkan saluran arteri tersumbat dan menyebabkan penyakit jantung koronari.


Galian

Zat galian yang mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakanan manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam susu dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran.


Vitamin

Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia membantu tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat dan lemak. Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan kimia dalam system saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan lemak, vitamin dan mineral tidak membekalkan kalori tetapi membantu badan mendapatkan tenaga dari tubuh. Maka pengambilan protein amat penting untuk kesihatan tubuh badan.


Serat

Serat atau serabut dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak sembelit. Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakan sumber serat penting. Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat penting untuk minum banyak air.
rujukan [wikipedia]

◕About Me

Assalamualaikum,mahabbah fillah...
http://akudanlavenda.blogspot.com/

Here,medical career most wanted,red colour is my precision but i must hardworking on it..i love bios logos but i must hardworking on it.i am strictly causal,i like straightforward person and when they realizing me about my weakness..so juz give me an advice if i'm wrong..i don't want 2 get involved in love until i found my destiny from Allah..[ ALL MUSLIM ] are my brothers n sisters..

i love quotation be a brilliant student from the consolidation of faith and knowledge mean that,menjadi insan/pelajr cemerlang berlandaskan penyatuan iman dan ilmu jangan lupa pula untuk amal..

born on 3 september and currently finished secondary school,sebenarnya dah lama buat blog tapi tak reti nak buat sendiri,surf punya surf terjumpalah blog yang sudi berkongsi tutorial2 untuk para bloggers..kamsahamnida

7 Jan 2012

◕ buat blog Basic

kali ni kita akan belajar cara untuk buat blog tapi sebelum tu,yes akhirnya  dah menjadi pun tab menu..huhu,fenin jugak nak buat tapi sesusah manapun hidup kena ada usaha,susah sekalipun hasilnya amat memuaskan..ok,untuk tutorial kali ni,sy akan ajar cara buat blog yg basic bukan bombastic (rekaan sendiri) lagi ok.


Mula2,korang kenalah ada akaun yahoo ke gmail ke,daftar dulu tau
Then,sila pergi ke alamat ini untuk mendaftar blog TEKAN SINI
Lepas tu juz daftar macam biasa je..korang boleh pilih template yg sedia ada dekat TEMPLATE DESIGNER ubah warna atau font atau warna background ikut kesukaan masing2..lepas tu klik Apply To Blog..Siap :)sekian saja tutorial ringkas kali ni.

◕ Spm Fever

SPM oh SPM ...tinggal lagi 2 minggu n tinggal lagi 5 paper je lagi..how nervous..huh,makin hari makin rumitkan..doa2la boleh jawab.Hari nih hari last student2 skolh.bestnye diorang n calon spm pulak tinggal bbrp minggu je nk tamat sekolah,memang betul la orang2 kata bila kita masih bersekolah..kita asyik tertanya2..bilalah nak habis sekolah..tapi,bila kita dah keluar sekolah,kita akan miss masa atau moment2 dengan member2..hem,lepas ni kami semua akan bawa haluan masing2..:/..sedihkah?




my friends,if you've seen this,i want all of you to know that i appreciated our friendship like i appreciated my life..if we've had found our way..juz remember i want all of us to unite against time..wish you the best of luck in your life and may u'll get whatever ur wish are..i'll pray for it ..InsyaAllah...:)





◕ New Year 2012

ok sekarang ni la masa terluang nak mengupdatekan dusty blog nih,Before That..HAPPY NEW YEAR 2012 to everybody..macam mana tahun baru ni,ada pasang azam baru ?..Harap2 azam2 yg lepas tu yg tak terlepas lagi sebenarnya tu akan terlaksana la tahun ni..Seluruh dunia busy sambut tahun baru,ada yang main bunga api,buat ape2 jela budaya diorang..herm,tapi yg paling penting untuk kita umat Islam,moh ler sujud syukur ramai2 tanda kesyukuran kita kepada ALLAH S.W.T kerana masih bagi peluang untuk kita teruskan hidup di atas muka bumi ni..ALHAMDULILLAH WA SYUKURILLAH..^_^



So,memandangkan tahun pun dah baru,azam pun dah baru la kan,jadi harap-harap tahun ni lebih baik daripada tahun lepas dan tahun2 akan datang lebih baik daripada tahun ni..INSYAALLAH..:)Oklah
seaaa later..maassalamah wa illliqa'(jumpa lagi)1st January 2012