21 Oct 2014

Andai Jodoh Berdua

Ya Allah permudahkan urusan jodoh kami..

cinta itu fitrah manusia..semua ingin disayangi dan menyayangi..semua ingin dicintai dan mencintai..itulah fitrah yang Allah hadirkan dalam hati sepertimana kasihnya Nabi Adam a.s kepada Hawa..begitu juga terbitnya kasih sayang dua insan yang saling menyintai..meskipun lahirnya cinta itu cukup indah..tanggungjawab dan prioriti dalam berumah tangga adalah cukup besar..persoalannya..bersediakah kita?


















Tanggungjawab isteri

Isteri mestilah sentiasa mentati suami mereka dan menjaga maruah suami mereka selama mana suaminya itu tidak menyuruh atau melakukan perkara yang bertentangan dengan agama.Dalam sebuah Hadis yang bermaksud, “Andainya aku ini orang yang menyuruh sesiapa supaya bersujud kepada orang,pasti aku menyuruh isteri itu bersujud kepada suami mereka”.
Isteri mestilah memberikan hak suami yang ingin menyetubuhinya pada bila-bila masa sahaja selagi ia dibenarkan oleh syara’,contohnya ketika bersih daripada haid dan nifas.

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu.Oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai,dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu;dan bertaqwalah kepada Allah SWT serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada Hari Akhirat kelak).Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang beriman”- (Surah Al-Baqarah 2:223)

3.   Menjaga maruah dirinya baik sewaktu di hadapan suami mahupun semasa     ketiadaannya.

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“…Maka perempuan-perempuan yang salih itu ialah yang taat (kepada Allah SWT dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama,dengan pemeliharaan Allah SWT dan pertolongan-Nya… -(Surah An-Nisa’ 4:34)

 4.   Menjaga serta membelanjakan segala harta suami dengan jalan yang baik serta dengan keizinannya terlebih dahulu.

5.   Tidak boleh keluar rumah tanpa keizinan suaminya.

6.   Tidak boleh menceritakan dan mendedahkan kelemahan suaminya kepada orang lain.

7.   Mesti bertindak sebagai penghibur hati dan sentiasa melakukan perkara yang mendatangkan kesenangan hati suami mereka.

8.   Sentiasa memberikan layanan yang baik kepada suaminya.

9.   Sentiasa menghormati dan taat setia pada suami sebagai ketua keluarga.

Sebagaiman firman Allah SWT yang bermaksud:

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan,oleh kerana Allah SWT telah melebihkan orang lelaki(dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan,dan juga kerana orng lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka…” -(Surah An-Nisa’ 4:34)
 Tanggungjawab Suami
 



Suami adalah ketua keluarga.Antara tanggungjawab suami terhadap isteri dan keluarganya,ialah:

Wajib memberikan nafkah kepada isterinya selagi ia memberi kesetiaan dan ketaatan.
Membayar mas kahwin kepada isterinya.
Suami mestilah sentiasa melayan isteri dengan penuh layanan mesra dan kasih sayang.
Sebagaimana sabda baginda yang bermaksud:

“Berwasiatlah kamu supaya berlaku baik terhadap isteri-isteri.Sesungguhnya kamu mengambil mereka dengan amanah Allah SWT dan kamu menghalalkan persetubuhan dengan mereka dengan kalimah Allah SWT”-(riwayat At-Tirmidzi)

Sabda Nabi yang lain:

“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang baik budi pekertinya dan lemah lembut terhadap isterinya”-(riwayat Abu Daud)

Dalam keadaan lain,Al-Quran juga sentiasa menyarankan suami supaya berbuat baik dengan isteri mereka.Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

“…dan bergaullah kamu dengan mereka(isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.Kemudian jika kamu(merasa)benci kepada mereka(disebabkan tingkahlakunya,janganlah kamu terburu-buru menceraikannya);kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu,sedang Allah SWT hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak(untuk kamu)-(Surah An-Nisa’ 4:19)

Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib yang bermaksud:

“Rasulullah SAW bersabda:Lelaki yang paling baik ialah yang amat baik terhadap isterinya,dan aku adalah yang paling baik terhadap isteriku.Tidak ada seseorang yang memuliakan wanita,kecuali dia seorang yang mulia.Tidak ada yang menghina wanita,kecuali orang yang rendah pekertinya”-(riwayat Abu Daud)

 4. Suami mestilah memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang baik terhadap isteri mereka dengan   didikan agama dan pengajaran yang baik dan bukan menyeksa mereka.

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman!Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya:manusia dan batu (berhala)….-(Surah At-Tahrim 66:6)

5.   Memberi layanan yang baik,samada dari segi tingkah laku,perbuatan,tutur kata dan contoh teladan yang baik.

6.   Memenuhi nafkah zahir dan keperluan asasi,seperti pendidikan,pakaian,tempat tinggal dan makanan mengikut kadar kemampuan suami.

   Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya,maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah SWT kepadanya (sekadar yang mampu) ;Allah SWT tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya.(Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah SWT akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.- (Surah AT-Thalak 65:7)

7.   Memenuhi keperluan nafkah batin


Tanggungjawab ibu bapa 


 “Apabila meninggal dunia seseorang anak Adam, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kedua-dua ibu bapanya”. (Hadis Riwayat al-Bukhari)


1.    Melakukan Aqiqah
Setiap ibubapa sangat dituntut melakukan aqiqah untuk setiap anak yang dilahirkan sebagai tanda syukur terhadap nikmat Allah kepadanya. Sabda Rasulullah S.A.W :
“Setiap bayi yang dilahirkan tergadai(kebaikannya) dengan aqiqah
disembelih pada hari ke tujuh, juga dicukur dan diberi nama. ”,
Hadis di atas menjelaskan bahawa aqiqah adalah satu amalan yang sunat dilakukan pada hari ketujuh dari kelahiran anak. Disunatkan menyembelih dua ekor kambing untuk anak lelaki dan seekor untuk anak perempuan
dengan kaedah syarak.
2.    Memberikan Nama yang Baik
Memberi nama anak dengan nama-nama yang baik dan mempunyai makna yang elok adalah salah satu amanah danvtanggungjawab ibubapa yang sangat dituntut dalam Islam. Memilih nama yang tidak baik akan memalukan anak itu sendiri di dunia dan akhirat. Di dunia ia akan melahirkan sakit jiwadan merasa malu dengan masyarakat. Di akhirat ia akan malu apabila namanya yang mempunyai makna dan pengertian yang tidak baik apabila diseur di padang mashsyar nanti. Ibubapa mestilah berhati-hati memilih nama anak-anak jangan sampai memilih nama-nama yang diharamkan.
3.    Mengkhatankannya
Berkhatan adalah suatu sunnah yang sangat dituntut sama ada ke atas anak lelaki atau perempuan. Dari kajian ilmiah yang dibuat terbukti berkhatan dapat mencegah berbgai-bagai penyakit di tempat berkhatan itu.
4.    Menumpahkan Kasih Sayang
Ibubapa hendaklah memberikan kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak mereka. Layanan yang baik dan pergaulan yang mesra antara ibubapa dan anak-anak akan melahirkan suasana yang harmonis, tenang dan tenteram dalam kehidupan rumahtangga.
Anak yang mendapatkan kasih sayang yang sepenuhnya dari ibubapa akan menjadi anak-anak yang lemah-lembut, bersopan-santun dan menghormati orang lain.
5.    Memberi Makan/Minum dan Pakaian Halal
Setiap ibubapa mestilah memastikan setiap yang masuk ke dalam perut anak-anaknya itu dari makanan atau minuman yang bersih, berkhasiat dan halal. Sabda Rasulullah S.A.W :
“Siapa yang berusaha untuk menyara keluarganya dari yang halal maka ianya sepertilah
orang yang berjihad pada jalan Allah. ”
Sabda Rasulullah lagi :
 “Setiap daging yag tumbuh dari yang haram maka nerakalah yang lebih utama
dengannya. ”
Seterusnya ibubapa mestilah mengambil berat tentang pakaian anak-anak supaya jangan sampai terpakai pakaian atau perhiasan yang diharamkan oleh Allah. Jangan cuba membiasakan anak lelaki memakai emas atau sutera tulin. Dan jangan membiasakan pula anak perempuan memakai pakaian yang mendedahkan aurat.
6.    . Mengasingkan Tempat Tidur
Ibubapa perlulah mengasingkan tempat tidur anak lelaki dan anak perempuan supaya tidak timbul sesuatu yang tidak baik. Sabda Rasulullah S.A.W :
“Suruhlah anak-anak kamu sembahyang bila mereka berumur tujuh tahun. Dan
pukulkan mereka(jika enggan sembahyang) apabila sudah berumur sepuluh tahun. Dan
asingkan tempat tidur antara mereka. ”

7.    Memberi pendidikan agama, Al-Quran dan adab sopan Islam
Setiap ibubapa bertanggungjawab memberi didikan agama kepada anak-anaknya supaya menjadi anak yang soleh, yang dapat memberi manfaat kepadanya dunia dan akhirat. Mereka tidak akan terlepas daripada tanggungjawab ini walaupun sudah berjaya memberi pendidikan atau pelajaran akademik ke peringkat tertinggi sekalipun. Rasulullah bersabda:
 “Dosa yang paling besar yang akan menimpa ibubapa di akhirat nanti ialah dosa
membiarkan anak-anak mereka jahil dan buta agama. ”
Hal ini dapat menyelamatkan diri kita dari terjerumus ke dalam berbagai-bagai kegiatan keruntuhan akhlak yang bercanggah dengan agama dan moral. Selain itu, ibubapa hendaklah menunjukkan contoh teladan yang baik dalam pergaulan dengan anak-anak.

20 Oct 2014

Mujahadah kita

Assalamualaikum..
Munirah (bersinar)..bersinarkah aku dalam kelam dosa..aku hanya insan daif yang masih menuntut ilmu..Akulah HambaNya Yang Maha Esa..akulah Umat Muhammad Rasulullah..senantiasa mengaku cinta sedangkan diri masih alpa..namun selagi pintu kasih sayangNya masih terbuka..izinkan aku menjadi si solehah yang kedua orang tuaku damba..menjadi si mujahidah muda mengemudi gelora dunia,,menjadi isteri sahabat dan penyeri rumahtangga..











Izinkan aku berusaha menjadi yang lebih baik..kerana solehah itu tidak boleh dijual beli,,solehah itu sukar dimiliki namun kemanisannya kekal dan abadi..Aku masih disini..masih mentarbiyahkan diri..bukankah kemahuan itu perlu dihadirkan dalam hati..sekalipun dulu kita lahir bak kain putih yang suci dan bersih..dan kini dicemari warna2 kelam..bukanlah mampu untuk kembali ke warna asalnya namun bukankah seribu tahun pun masa yang diambil untuk menjernihkannya kembali..Allah melihat usaha seorang hambanya yang ingin meraih maghfirah daripadaNya..sekalipun kita merasakan level iman cukup tinggi..usah terbuai kerana rapuhnya kita umpama rapuhnya gelas kaca...kerana Dia sentiasa akan menduga..walaupun aku tidak setabah Masyitah..tidak sekuat Maryam..tidak juga semulia Khadijah..cukuplah aku katakan..impianku bergelar wanita solehah.


Video Bercirikan Islamik

Assalamualaikum..harini..pagi2 dah update blog..blog ni pun dah berhabuk sepertimana berhabuknya iman dlm diri.. T_T..jom vacuum habuk2 tu dan tgk video2 nih..antara video bercirikan islamik

MrTheAllShared

 

Oki Setiana Dewi :Wanita Syurga Bidadari Dunia



 [PERTAMA VI] Sebelum Aku Terima Nikahnnya


OREO-3+1



19 Oct 2014

Mutiara Hikmah Keluarga Bahagia

credit iluvislam.com
Assalamualaikum..
Bahagiakanlah keluarga kita sebelum membahagiakan orang lain.
Kesolehan keluarga menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman, makmur dan sejahtera.
Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.
Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya.

Seorang yang bekerja keras untuk menunaikan tanggungjawab kepada keluarganya adalah bukti kasih kepada keluarganya.
Tingginya darjat suami ditentukan oleh perjuangannya menjadi pemimpin rumah tangga, sehingga dituntut menjadi teladan yang baik bagi keluarga yang dipimpinnya.
Sesungguhnya keluarga itu tempatnya yang aman dan selesa dalam berkongsi suka dan duka.
Kasih sayang yang terjalin di antara anak dan ibu bapa mampu melahirkan sikap jujur dan keterbukaan.

Kekuatan cinta yang tulus mampu menggerakkan lisan untuk senantiasa berterima kasih kepada pasangan, anak ataupun ibu bapanya.
Mencintai keluarga adalah amanah bagi setiap manusia.
Pecinta keluarga tidak akan membiarkan dalam rumahnya berlaku keburukan dan kemaksiatan.
Anak-anak lebih memerlukan contoh dan keteladanan dari kedua ibu bapa mereka daripada celaan dan kekerasan.
Kehidupan kita akan berubah apabila dimulai dengan perubahan diri, keluarga dan persekitaran.
Mahkota orang tua adalah anak cucunya dan kehormatan anak-anak adalah nenek moyang mereka.
Apabila setiap ahli keluarga saling mencintai, menyayangi, dan saling mengalah, nescaya seluruh masyarakat akan menjadi baik, aman dan damai.
Keharmonian keluarga terletak pada sikap tanggungjawab dan komunikasi yang sihat di antara ahli keluarga.
Komunikasi dalam keluarga akan senantiasa terpelihara selama komunikasi dengan Allah pun tetap terjaga.
Keluarga yang dekat dengan Allah akan menjadi keluarga yang layak ditolong olehNya dalam setiap urusan.
Rasulullah s.a.w. bersabda, paling dekat dengan Baginda kedudukannya kelak pada hari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik daripada kita ialah yang paling baik terhadap keluarganya.
Barangsiapa bersusah payah mencari nafkah untuk keluarganya, maka dia adalah seumpama seorang mujahid di jalan Allah.
Warisan termahal dan terbaik dari diri kita untuk keluarga, keturunan, dan masyarakat adalah keindahan akhlak kita.
Allah mencintai orang-orang yang selalu berjuang memperbaiki diri, keluarga dan masyarakat.
Cintailah suami atau isteri kita dengan memuliakan ibu bapa dan keluarganya.
Bagaimana sikap kita terhadap anak-anak, begitu pulalah mereka akan bersikap kepada kita. Maka berikan sikap yang terbaik kepada mereka
Jika Allah cinta kepada sebuah keluarga, maka salah satu cirinya ialah keluarga itu dibukakan hati untuk ilmu agama.
Kebahagiaan sesuatu keluarga bukanlah diukur dari segi material, tapi sejauh mana keta’atan keluarga kepada Allah.
Ibadah seorang ibu adalah modal bagi lahirnya anak-anak yang soleh yang akan menjadi benteng bagi ibu bapanya di akhirat kelak.
- Artikel iluvislam.com