21 Oct 2014

Andai Jodoh Berdua

Ya Allah permudahkan urusan jodoh kami..

cinta itu fitrah manusia..semua ingin disayangi dan menyayangi..semua ingin dicintai dan mencintai..itulah fitrah yang Allah hadirkan dalam hati sepertimana kasihnya Nabi Adam a.s kepada Hawa..begitu juga terbitnya kasih sayang dua insan yang saling menyintai..meskipun lahirnya cinta itu cukup indah..tanggungjawab dan prioriti dalam berumah tangga adalah cukup besar..persoalannya..bersediakah kita?


















Tanggungjawab isteri

Isteri mestilah sentiasa mentati suami mereka dan menjaga maruah suami mereka selama mana suaminya itu tidak menyuruh atau melakukan perkara yang bertentangan dengan agama.Dalam sebuah Hadis yang bermaksud, “Andainya aku ini orang yang menyuruh sesiapa supaya bersujud kepada orang,pasti aku menyuruh isteri itu bersujud kepada suami mereka”.
Isteri mestilah memberikan hak suami yang ingin menyetubuhinya pada bila-bila masa sahaja selagi ia dibenarkan oleh syara’,contohnya ketika bersih daripada haid dan nifas.

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu.Oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai,dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu;dan bertaqwalah kepada Allah SWT serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada Hari Akhirat kelak).Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang beriman”- (Surah Al-Baqarah 2:223)

3.   Menjaga maruah dirinya baik sewaktu di hadapan suami mahupun semasa     ketiadaannya.

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“…Maka perempuan-perempuan yang salih itu ialah yang taat (kepada Allah SWT dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama,dengan pemeliharaan Allah SWT dan pertolongan-Nya… -(Surah An-Nisa’ 4:34)

 4.   Menjaga serta membelanjakan segala harta suami dengan jalan yang baik serta dengan keizinannya terlebih dahulu.

5.   Tidak boleh keluar rumah tanpa keizinan suaminya.

6.   Tidak boleh menceritakan dan mendedahkan kelemahan suaminya kepada orang lain.

7.   Mesti bertindak sebagai penghibur hati dan sentiasa melakukan perkara yang mendatangkan kesenangan hati suami mereka.

8.   Sentiasa memberikan layanan yang baik kepada suaminya.

9.   Sentiasa menghormati dan taat setia pada suami sebagai ketua keluarga.

Sebagaiman firman Allah SWT yang bermaksud:

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan,oleh kerana Allah SWT telah melebihkan orang lelaki(dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan,dan juga kerana orng lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka…” -(Surah An-Nisa’ 4:34)
 Tanggungjawab Suami
 



Suami adalah ketua keluarga.Antara tanggungjawab suami terhadap isteri dan keluarganya,ialah:

Wajib memberikan nafkah kepada isterinya selagi ia memberi kesetiaan dan ketaatan.
Membayar mas kahwin kepada isterinya.
Suami mestilah sentiasa melayan isteri dengan penuh layanan mesra dan kasih sayang.
Sebagaimana sabda baginda yang bermaksud:

“Berwasiatlah kamu supaya berlaku baik terhadap isteri-isteri.Sesungguhnya kamu mengambil mereka dengan amanah Allah SWT dan kamu menghalalkan persetubuhan dengan mereka dengan kalimah Allah SWT”-(riwayat At-Tirmidzi)

Sabda Nabi yang lain:

“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang baik budi pekertinya dan lemah lembut terhadap isterinya”-(riwayat Abu Daud)

Dalam keadaan lain,Al-Quran juga sentiasa menyarankan suami supaya berbuat baik dengan isteri mereka.Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

“…dan bergaullah kamu dengan mereka(isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.Kemudian jika kamu(merasa)benci kepada mereka(disebabkan tingkahlakunya,janganlah kamu terburu-buru menceraikannya);kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu,sedang Allah SWT hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak(untuk kamu)-(Surah An-Nisa’ 4:19)

Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib yang bermaksud:

“Rasulullah SAW bersabda:Lelaki yang paling baik ialah yang amat baik terhadap isterinya,dan aku adalah yang paling baik terhadap isteriku.Tidak ada seseorang yang memuliakan wanita,kecuali dia seorang yang mulia.Tidak ada yang menghina wanita,kecuali orang yang rendah pekertinya”-(riwayat Abu Daud)

 4. Suami mestilah memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang baik terhadap isteri mereka dengan   didikan agama dan pengajaran yang baik dan bukan menyeksa mereka.

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman!Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya:manusia dan batu (berhala)….-(Surah At-Tahrim 66:6)

5.   Memberi layanan yang baik,samada dari segi tingkah laku,perbuatan,tutur kata dan contoh teladan yang baik.

6.   Memenuhi nafkah zahir dan keperluan asasi,seperti pendidikan,pakaian,tempat tinggal dan makanan mengikut kadar kemampuan suami.

   Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya,maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah SWT kepadanya (sekadar yang mampu) ;Allah SWT tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya.(Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah SWT akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.- (Surah AT-Thalak 65:7)

7.   Memenuhi keperluan nafkah batin


Tanggungjawab ibu bapa 


 “Apabila meninggal dunia seseorang anak Adam, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kedua-dua ibu bapanya”. (Hadis Riwayat al-Bukhari)


1.    Melakukan Aqiqah
Setiap ibubapa sangat dituntut melakukan aqiqah untuk setiap anak yang dilahirkan sebagai tanda syukur terhadap nikmat Allah kepadanya. Sabda Rasulullah S.A.W :
“Setiap bayi yang dilahirkan tergadai(kebaikannya) dengan aqiqah
disembelih pada hari ke tujuh, juga dicukur dan diberi nama. ”,
Hadis di atas menjelaskan bahawa aqiqah adalah satu amalan yang sunat dilakukan pada hari ketujuh dari kelahiran anak. Disunatkan menyembelih dua ekor kambing untuk anak lelaki dan seekor untuk anak perempuan
dengan kaedah syarak.
2.    Memberikan Nama yang Baik
Memberi nama anak dengan nama-nama yang baik dan mempunyai makna yang elok adalah salah satu amanah danvtanggungjawab ibubapa yang sangat dituntut dalam Islam. Memilih nama yang tidak baik akan memalukan anak itu sendiri di dunia dan akhirat. Di dunia ia akan melahirkan sakit jiwadan merasa malu dengan masyarakat. Di akhirat ia akan malu apabila namanya yang mempunyai makna dan pengertian yang tidak baik apabila diseur di padang mashsyar nanti. Ibubapa mestilah berhati-hati memilih nama anak-anak jangan sampai memilih nama-nama yang diharamkan.
3.    Mengkhatankannya
Berkhatan adalah suatu sunnah yang sangat dituntut sama ada ke atas anak lelaki atau perempuan. Dari kajian ilmiah yang dibuat terbukti berkhatan dapat mencegah berbgai-bagai penyakit di tempat berkhatan itu.
4.    Menumpahkan Kasih Sayang
Ibubapa hendaklah memberikan kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak mereka. Layanan yang baik dan pergaulan yang mesra antara ibubapa dan anak-anak akan melahirkan suasana yang harmonis, tenang dan tenteram dalam kehidupan rumahtangga.
Anak yang mendapatkan kasih sayang yang sepenuhnya dari ibubapa akan menjadi anak-anak yang lemah-lembut, bersopan-santun dan menghormati orang lain.
5.    Memberi Makan/Minum dan Pakaian Halal
Setiap ibubapa mestilah memastikan setiap yang masuk ke dalam perut anak-anaknya itu dari makanan atau minuman yang bersih, berkhasiat dan halal. Sabda Rasulullah S.A.W :
“Siapa yang berusaha untuk menyara keluarganya dari yang halal maka ianya sepertilah
orang yang berjihad pada jalan Allah. ”
Sabda Rasulullah lagi :
 “Setiap daging yag tumbuh dari yang haram maka nerakalah yang lebih utama
dengannya. ”
Seterusnya ibubapa mestilah mengambil berat tentang pakaian anak-anak supaya jangan sampai terpakai pakaian atau perhiasan yang diharamkan oleh Allah. Jangan cuba membiasakan anak lelaki memakai emas atau sutera tulin. Dan jangan membiasakan pula anak perempuan memakai pakaian yang mendedahkan aurat.
6.    . Mengasingkan Tempat Tidur
Ibubapa perlulah mengasingkan tempat tidur anak lelaki dan anak perempuan supaya tidak timbul sesuatu yang tidak baik. Sabda Rasulullah S.A.W :
“Suruhlah anak-anak kamu sembahyang bila mereka berumur tujuh tahun. Dan
pukulkan mereka(jika enggan sembahyang) apabila sudah berumur sepuluh tahun. Dan
asingkan tempat tidur antara mereka. ”

7.    Memberi pendidikan agama, Al-Quran dan adab sopan Islam
Setiap ibubapa bertanggungjawab memberi didikan agama kepada anak-anaknya supaya menjadi anak yang soleh, yang dapat memberi manfaat kepadanya dunia dan akhirat. Mereka tidak akan terlepas daripada tanggungjawab ini walaupun sudah berjaya memberi pendidikan atau pelajaran akademik ke peringkat tertinggi sekalipun. Rasulullah bersabda:
 “Dosa yang paling besar yang akan menimpa ibubapa di akhirat nanti ialah dosa
membiarkan anak-anak mereka jahil dan buta agama. ”
Hal ini dapat menyelamatkan diri kita dari terjerumus ke dalam berbagai-bagai kegiatan keruntuhan akhlak yang bercanggah dengan agama dan moral. Selain itu, ibubapa hendaklah menunjukkan contoh teladan yang baik dalam pergaulan dengan anak-anak.

No comments: