13 Nov 2014

Aku Sayang Kamu Dengan Caraku Sendiri

nukilan buat insan terpilih..




Saat hati disapa..
aku memaling tak berdaya..
pena pun makin petah berkata-kata..
menulis merakam tiap bicara..
adakah ini rasa kasih yang dia hadirkan dalam jiwa..
adakah ini perasaan cinta yang pernah terbit dalam diri Hawa..
cubaku berpaling ternyata sia-sia,,kerana getarannya kuat terasa..

ku cuba menjauh
tapi hati tidak utuh
ku cuba tidak mengendah..
namun hati terasa gundah..
ternyata detiknya telah tiba..

saat dua hati bersedia..
si wali mengamanah anaknda tercinta..
penyeri rumahtangga untuk dididik penuh rasa cinta..
kesinambungan zuriat dan keturunan umat Muhammad..
amanah itu dilaksanakan sedayanya..
ku pimpin tanganmu di dunia dan akhirat..
menjadi bidadari di dunia dan di syurga..
inginku jadi si solehah dambaan suami tercinta..
dan jadilah dikau si soleh memimpin bahtera rumahtangga..